Pages - Menu

Wednesday, March 20, 2013

Nikon SB-900 Flash - Turning Off The Thermal Cut-Out Function

Jika sekiranya anda menggunakan flash Nikon SB-900 anda berkemungkinan pernah menghadapai masalah overheating yang menyebabkan flash anda tidak berfungsi buat sementara.

Jurutera-jurutera di Nikon telah membuat satu sistem, dimana untuk mengelakkan flash menjadi overheat, flash akan dimatikan selama 10 minit secara otomatik untuk menyejukkan flash apabila jumlah flash menyala secara berterusan tercapai. Berikut adalah jadual "Maximum Number of Continuous Firing":-


Untuk menutup fungsi ini, lakukan seperti ini :-
  1. Hidupkan flash anda
  2. Tekan butang "OK" selama satu saat sehingga "user menu" muncul
  3. Pusingkan "Selector Dial" (scroll wheel) mengikut arah jam dan anda akan melihat user's menu highlight bar bergerak ke bawah. Scroll ke bawah sehingga highlight bar menanda ikon thermometer. Di sebelah kanan anda akan melihat menu pilihan On/Off
  4. Tekan butang "OK" sekali dan dan anda akan dapati menu pilihan On/Off ditanda. Pusing "Selector Dial" sehingga menu pilihan "Off" ditanda dan tekan "OK" untuk mengesahkan pilihan
  5. Tekan butang "Mode" (sebelah titik hijau) bawah label "Exit". Ini akan mengeluarkan anda daripada user's menu dan kembali kepada sistem operasi biasa
Sekarang anda boleh ambl gambar dengan berterusan tanpa ada gangguan lagi. Flash anda akan memberi amaran kepada anda dengan mesej Error di skrin dan bunyi beep, sekiranya ia menjadi terlalu panas. Jangan biarkan perkara ini berlarutan atau ia boleh menyebabkan flash anda rosak dan membatalkan jaminan (sekiranya ada)

No comments:

Post a Comment